Dalam kehidupan ini kita sering berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.
Bagi seorang pelajar, masalah yang sering dihadapi ialah
- kesukaran dalam pelajaran
- kesukaran mendisiplinkan diri untuk study
- masalah persekitaran yang mengganggu study
dan lain-lain lagi.
Bagi seorang dewasa, mereka ini sering didatangi oleh masalah persekitaran dan kesukaran membuat pilihan.
Melalui konsep POWER OF MIND, saya ingin menegaskan, setiap masalah adalah satu cabaran untuk kita atasi bagi memperolehi satu tahap kehidupan yang lebih baik.
Jika kita menganggap masalah itu sebagai satu masalah dan halangan maka kita membiarkan konsep masalah itu berada di dalam pemikiran kita. Ini akan menarik lebih banyak kesukaran dan masalah lain dalam kehidupan ini. Oleh itu sering kita dengar ada orang merungut " banyaknya masalah dalam hidup aku ini" atau " masalah datang bertimpa-timpa". Apa yang sebenarnya berlaku ialah, apabila kita membiarkan masalah menguasai pemikiran kita, kita hanya memikirkan masalah dan masalah akan terus datang.
Cara yang terbaik untuk menangani persoalan ini ialah, kita perlu anggap masalah adalah cabaran dan ianya mesti diatasi dengan cara yang terbaik agar hasilnya adalah terbaik. Apabila kita didatangi dengan masalah, kita kena tanya diri kita, bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya menyusun stategi yang terbaik.
Contohnya, jika seorang pelajar menghadapi masalah untuk memahami sesuatu konsep dalam pelajarannya, dia perlulah cuba menyelesaikannya sendiri dengan merujuk buku rujukan, melakukan latihan dan akhirnya jika perlu, sila berjumpa teman atau guru untuk meminta bantuan tunjuk ajar. Pelajar tidak boleh tinggalkan masalah itu tanpa penyelesaian kerana jika itu yang dilakukan, maka masalah pemahaman konsep itu mungkin akan menyebabkan masalah kepada pemahaman konsep seterusnya. Ingat, setiap masalah atau cabaran mesti diatasi.
Bagi seorang dewasa, apabila anda berhadapan dengan masalah untuk melakukan pemilihan atau membuat keputusan, anda perlu masa yang baik untuk memikirkan hal ini serta anda perlu membuat keputusan, jangan tinggalkan hal ini bergitu sahaja. Bagi mendapatkan penyelesaian yang baik, anda perlu banyak berdoa memohon ALLAH memberi taufik dan hidayah agar setiap keputusan yang dilakukan adalah keputusan yang terbaik dalam hidup anda.
Saya sendiri, baru-baru ini menghadapi delema sewaktu membuat keputusan dalam meneruskan jalan perniagaan saya. Pada mulanya, saya cuba untuk biarkan dahulu persoalan ini, kerana saya sendiri merasakan tersepit diantara 2 perkara yang perlu dipilih. Akibatnya, saya mendapati, saya merasakan tidak tenang dan tertekan sehinggakan ini mengganggu mutu kehidupan saya. Akhirnya, saya banyakkan berdoa dan saya juga menulis baik dan buruk setiap keputusan yang akan saya ambil, saya berbincang dengan orang-orang yang terdekat, dan akhirnya saya berjaya membuat keputusan. Setelah itu, saya dapat merasakan, alangkah senangnya hati saya kerana saya sudah membuat keputusan dan saya puas hati dengan keputusan saya kerana saya memilihnya berdasarkan kajian, doa dan nasihat. Sekiranya selepas ini berlaku sesuatu yang kurang baik akibat keputusan yang diambil, saya boleh mengingatkan diri saya, keputusan itu adalah yang terbaik untuk perniagaan saya dan kesukaran di kemudian hari adalah cabaran seterusnya yang perlu saya atasi demi mencapai hasil yang lebih baik.
Pengajaran dari catatan ini ialah,
- Setiap masalah adalah cabaran yang perlu kita atasi
- Kita mesti melakukan kerja kita untuk mengatasi cabaran ini.
- Setiap cabaran adalah bertujuan untuk menaiktarafkan kehidupan kita.
- Cabaran mendewasakan diri kita.
- Atasi cabaran dengan cara yang terbaik.
Monday, September 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment