Tuesday, July 24, 2007

MEMORI

Memori adalah kebolehan mengingat perkara-perkara yang berlaku atau maklumat dan kemahiran yang dipelajari sebelumnya. Memori juga adalah sistem penstoran yang membenarkan pengembalian dan pemanggilan semula maklumat. Sistem memori kita diorganisasikan sebagai sistem inferens semula jadi yang membenarkan kita menyimpan fakta, menghubungkaitkan perkara baru dengan pengetahuan sebelumnya dan menghantar pengetahuan yang releven apabila diperlukan. Memori digunakan secara automatik yang kebanyakkan masa kita tidak sedar kehadirannya.

Memori terdiri daripada tiga jenis;

1. Memori episodic : ingatan pada perkara atau kejadian, situasi dan objek spesifik yang berlaku pada individu ataupun berlaku pada masa itu.

2. Memori semanti : merangkumi memori idea, peraturan dan konsep umum tentang dunia.

3. Memori procedural : storan bagi persepsi, motor dan kemahiran kognitif yang diperlukan bagi menyempurnakan tugas.

Tidak kira apa kategori memori, keupayaan menggunakan pengetahuan sememangnya memerlukan tiga proses mental. Ia melibatkan pengekodan, penstoran dan pemanggilan kembali. Terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat dan perkembangan maklumat ini melalui peringkat-peringkat ini bagi memastikan ia dikekalkan. Peringkat-peringkat ini adalah;

1. Memori sensori : peringkat memori pertama yang dapat menyimpab maklumat yang masuk melalui perasaan kita.

2. Memori jangka pendek : maklumat yang dikodkan kemudian disimpan atau dikekalkan dalam masa kira-kira 20 hingga 30 saat yang dikenali pemprosesan aktif.

3. Memori jangka panjang : dikodkan dalam bentuk kekal yang berkaitan sehingga sepanjang hayat.

Beberapa pendekatan disyorkan bagi meningkatkan memori iaitu melatih dan melaksanakan pengulangan, mengaitkan informasi baru dengan apa yang diketahui, menggunakan perantaraan dan daya khayalan, menggunakan mnemonic, pendekatan SQ3R dan menyediaan persekitaran.

Perkaitan antara memori dan pemikiran dapat ditunjukkan dalam proses membuat keputusan mahupun penyelesaian masalah. Ini kerana memori adalah suatu peringatan atau pemikiran dan pengalaman lepas manakala membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pula adalah suatu pelaksanaan yang memerlukan pemikiran semasa dan pemikiran masa kini bagi melakukannya.

No comments: