Friday, July 20, 2007

OTAK

DEFINISI

Otak adalah sistem biologi yang sangat kompleks dan bertindak mengawal segala aktiviti diri manusia sama ada secara sedar ataupun tidak. Alat berfikir ini membolehkan individu bertindak pada segala rangsangan yang diterima. Selain itu, otak juga berfungsi sebagai organ manusia yang membolehkannya menerima, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat yang diterima.

KONSEP OTAK

Otak adalah organ biologi yang menjalankan pelbagai fungsi seperti menerima rangsangan, menerima maklumat dan berfikir. Otak juga mengawal perjalanan fungsi organ lain seperti jantung dan buah pinggang.

Otak menjalankan fungsi berdasarkan dua keadaan iaitu;

1. terhasil akibat rangsangan (sedar)
2. secara semula jadi tanpa memerlukan arahan (di bawah sedar)

Walau bagaimanapun konsep otak haruslah berbeza dengan konsep lain yang sangat rapat antara satu sama lain seperti minda, imaginasi, akal dan lain-lain. Walaupun ada kalanya kita sukar membezakannya, tetapi kita tetap dapat membezakannya kerana otak adalah organ yang dapat dilihat oleh mata kasar.

STRUKTUR OTAK

Otak terdiri daripada;

1. Serebrum
2. Serebelum
3. Medula oblongata

SEREBRUM

Terdiri daripada Hemisfera kanan dan Hemisfera kiri.
Berfungsi ;

1. Mengawal pemikiran, ingatan dan penaakulan
2. Menerima serta mentafsir impuls saraf dari organ deria pendengaran, penglihatan, bau dan rasa.
3. Mengawal tindakan terkawal
4. Mengawal tingkah laku seseorang.

SEREBELUM

Berfungsi;

1. Mengawal urutan pengecutan otot rangka bagi mengkoordinasi pergerakan terkawal.
2. Mengekalkan keseimbangan badan
3. Memelihara postur badan.

MEDULA OBLONGATA.

Berfungsi mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung, peristalsis, muntah, bersin, batuk,kadar pernafasan dan pengeluaran air liur,

FUNGSI OTAK HEMISFERA KIRI DAN KANAN.

Fungsi otak Hemisfera kiri adalah pemikiran logik, kebolehan membaca dan pemikiran analitik.

Fungsi otak Hemisfera kanan adalah berkaitan perasaan, emosi, muzik, seni, warna, kretiviti dan visualisasi.

Perkembangan otak yang baik memerlukan keseimbangan antara kedua-dua bahagian dan mereka saling bergantungan antara satu sama lain.

Pakar psikologi Robert Ornstein mengatakan orang Barat lebih banyak menggunakan pemikiran hemisfera kiri dan orang Timur pula lebih banyak pada hemisfera otak kanan. Sebenarnya bahagian kiri dan kanan membawa banyak falsafah yang bertentangan. Contohnya di China, bahagian kanan membawa maksud 'yang' dan kiri pula membawa maksud 'yin'. Dalam bahasa Inggeris pula right juga bermaksud betul dan left pula bermaksud kejahatan dalam bahasa Latin.

Ini menunjukkan kekuatan hemisfera kiri dan kanan adalah fenomena yang amat luar biasa yang dicipta oleh Tuhan. Justeru itu, manusia haruslah mempunyai kepercayaan sendiri supaya hidup dalam suasana harmoni, sejahtera, aman, jelas dan bebas.

No comments: