Friday, August 24, 2007

SILINGAN

Kelmarin telah datang kepada saya seorang jurujual, dia menjual satu slot dalam laman webnya untuk mempromosi perniagaan saya. Sepanjang perbincangan, saya sememangnya sangat tertekan kerana bau badannya yang amat kuat sehinggakan membuatkan saya rasa pening kepala. Terlintas di hati saya, " siapa yang sanggup memberitahu dia tentang bau badannya yang sangat dasyat ini??".....susahkan.....tetapi sekiranya ada seseorang yang dapat memberitahu hal ini kepadanya, ada dua kemungkinan akan berlaku. Pertama dia akan berasa sangat marah dan terus berlalu tanpa berubah atau kedua, dia marah, pada mulanya tetapi kemudian hari dia akan berterima kasih kerana dengan pemberitahuan itu menyebabkan dia sedar dan membetulkan keadaan ini dengan menggunakan deoderan atau lain-lain cara bagi mengatasi masalah bau badan. Tapi siapa yang boleh buat tugasan memberitahu ini?? Ini satu lagi persoalannya.......

Sebenarnya dari kejadian ini, sudah tentulah seseorang yang sangat rapat dengan kita atau seseorang yang ambil berat tentang hal kita sahaja yang akan memberitahu sesuatu yang buruk kepada kita secara langsung, sedangkan orang lain...mereka lebih memilih untuk bercakap hal keburukan ini di belakang kita.

Akibatnya, kita selalunya akan tersinggung dan marah kepada pemberitahu tadi, sedangkan kita sepatutnya berterima kasih kepadanya kerana mereka inilah yang mengambil berat tentang hal kita. Mereka ini adalah ahli keluarga kita, terutama ibu dan ayah serta teman baik kita dan guru-guru kita.

Walaubagaimanapun, pandangan atau pendapat orang lain tentang perkara-perkara berkaitan dengan Objektif hidup kita pula adalah sesuatu yang lain dari hal di atas. Objektif hidup kita, kita yang berhak menentukannya, sedangkan pendapat atau pandangan orang lain hanya boleh kita gunakan sebagai panduan atau rujukan sahaja. Ini penting kerana apabila kita bertanggung jawab penuh kepada pemilihan objektif hidup kita, maka kita tidak akan menyalahkan orang lain kepada perkara-perkara yang berlaku akibat dari pemilihan itu.

Objektif hidup penting bagi memudahkan kita membuat perancangan yang tepat dan terbaik.

1 comment:

Badan Nahdhah Islamiah said...

assalamualaikum cikgu....

sy nih salah seorang bdk yg agak selau dtg tuisyen dkt titian cahaya...

sbb sy nih bdk sbp...so bila time cuti je lah dpt dtg...
anyway, terima kasih lah utk tips yg cikgu bagi pg tadi..

sy rasa bende tu lah yg sy cari2 selama nih...
ye lah...al maklum duduk kat asrama kan...jauh dr keluarga..nak harapkan call mmg seminggu sekali...

tapi rase mcm x cukup je..semangat yg parents saya bg...waktu call tuh mmg lah ..tapi bila dah lepas sehari dua...jadi mcm biasa balik...

saya rasa bnde yg cikgu ajar tu dapat tolong saya....

okay lah cikgu nor....
selamat maju jaya....

sekian,
terima kasih ;P