Monday, June 11, 2007

CONTOH 2



PEMIKIRAN KITA DI MASA LAMPAU MEMBERI KESAN KEPADA KEHIDUPAN KITA DI MASA KINI.

Saya mula berfikir tentang banyak perkara yang saya pernah inginkan semasa saya remaja, yang mana selalunya impian ini kita bawa dalam angan-angan. Apabila saya lihat kepada apa yang saya miliki kini, terlalu banyak daripada angan-angan itu wujud dalam kehidupan saya.Maka, saya mula merasakan yang saya perlu berimpian besar kerana impian ini kelak akan ada dalam kehidupan kita di masa akan datang.

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang susah. Mak dan ayah saya hanyalah peniaga warung nasi ayam. Kami tinggal dikampung setinggan di mana elektrik dan air pun tidak ada. Mak dan ayah saya selalu bergaduh dan ada kalanya apabila mereka bergaduh, ada piring terbang melayang-layang. kami anak-anak terpaksa duduk diam dan ketakutan. Bayangkanlah kehidupan di masa itu, sudahlah susah dari segi kewangan dan juga susah dari segi emosi. Kini mak dan ayah saya telah pun bercerai.

Pada masa itu, apa yang saya selalu angan-angankan ialah, saya terlalu ingin menjadi seorang guru berkelulusan ijazah dan saya sangat inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Saya mengimpikan kerjaya dan kegembiraan rumah tangga dengan anak-anak yang cerdek dan baik. Bila saya melihat guru-guru saya mengajar, saya kagum dengan mereka dan bila saya lihat kawan-kawan sekolah saya dijemput oleh ibubapa mereka dengan kereta, saya selalu berharap suatu hari nanti saya mampu menghantar dan menjemput anak-anak saya ke sekolah dengan kereta. Bila saya lihat kehidupan kawan-kawan saya yang baik dengan rumah yang selesa, saya juga selalu berimpian suatu hari nanti, saya juga akan memiliki sebuah rumah yang baik dan selesa. Saya sering membayangkan semua yang indah-indah ini dan saya tidak pernah jemu berangan-angan sebegini.Kini, semua yang saya angan-angankan itu sedang saya miliki (syukur kepada ALLAH) .

Angan-angan ini adalah percuma, maka saya syorkan kepada sesiapa sahaja, jangan malu untuk berangan-angan dan adalah sangat baik jika angan-angan itu jika tafsirkan kedalam bentuk perkataan yang boleh dibaca setiap hari (boleh juga sebagai doa). Ingatlah setiap yang kita fikirkan, ianya akan menyebabkan tubuh badan kita bergerakbalas keatas pemikiran itu. Jangan takut untuk berangan-angan besar kerana kehidupan ini adalah milik kita.

Bayangkan suatu ketika dahulu saya adalah penghuni rumah setingan, pernah suatu ketika tiada wang untuk makan ketika belajar di UTM dan saya adalah anak yang dilahirkan tanpa kebahagiaan rumah tangga kedua ibubapa saya. Saya terus dewasa tanpa perhatian yang sewajarnya dari kedua orang tua saya yang setiap hari sibuk berbalah sesama sendiri.

Tapi kini segalanya itu telah saya tinggalkan jauh kebelakang dan kini juga saya terus melangkah kehadapan dengan seribu impian yang besar demi membina sebuah keluarga yang besar bermula dari keluarga saya ini...INSYALLAH DENGAN IZIN ALLAH.

No comments: