Monday, June 11, 2007

PENERANGAN DARI SUDUT SAINS

Tindakbalas dalaman badan manusia dikawal oleh rembesan hormon daripada 5 jenis kelenjar iaitu Pituitari, Tairod, Pankreas, Adrenal dan Ovari/Testis. Kelenjar utama yang mengawal 4 kelenjar lain adalah Pituitari yang terletak di kepala manusia.

Apabila manusia berfikir, signal berfikir akan juga diterima oleh kelenjar pituitari dan seteruskan pemikiran ini akan ditafsirkan dan badan akan bertindakbalas keatas pemikiran ini secara tidak terkawal.

Contohnya,

1. apabila kita berfikir tentang makanan, secara tidak terkawal, perut kita akan berasa lapar
2. apabila kita teringatkan buah-buahan yang masam, secara tidak terkawal mulut kita akan berasa masam.
3. apabila kita berasa takut, secara tidak terkawal kita akan berpeluh atau mungkin sakit perut dan jantung akan berdegup kencang.
4. apabila kita berasa malu, muka kita akan kemerah-merahan kerana salur darah akan mengembang dan membawa lebih banyak darah dibawah kulit muka kita.

Oleh kerana faktor-faktor inilah, maka kita digalakkan supaya sentiasa berfikiran positif agar tindakkan kita dikemudian hari jauh lebih baik dari hari sebelumnya.

Maka, apa yang penting dalam kehidupan kita adalah menjaga fikiran kita agar fikiran kita sentiasa berfikir secara rasional.Jangan biarkan emosi mengawal pemikiran kita.

Otak manusia umpama hard dish computer. Kita bertanggung jawab memasukkan dan menyimpan data-data yang baik dan berguna yang kita perolehi dari pembelajaran mahupun pengalaman kehidupan yang kita lalui. Data-data inilah yang akan menentukan juga bentuktindakkan kita kepada rangsangan yang diterima melalui deria.

Contohnya;

Apabila kita telah simpan data berkenaan dengan anjing suka menggigit, maka apabila mata melihat angjing datang, tindakbalas kita ialah lari atau ambil kayu untuk pukul anjing. Tetapi bagi mereka yang telah menyimpan data, anjing adalah haiwan peliharaan yang baik, maka bila melihat anjing datang, dia mungkin akan menggosok kepala anjing itu.

Maka, data yang disimpan dalam otak adalah penting bagi tujuan melakukan tindakkan dalam perilaku manusia terhadap rangsangan.

No comments: