Tuesday, June 12, 2007

DON'T THINK IN REVERSE

Kita perlu meneruskan kehidupan ini dengan melihat sepenuhnya potensi dan peluang yang ada di hadapan kita. Kita harus terus pandang kehadapan tetapi sesekali menoleh kebelakang untuk melihat pengalaman lalu sebagai pedoman. Kita jangan sesekali bergerak kehadapan dengan membawa segala masalah dan kekesalan masa lampau kerana tindakan ini akan membebankan kehidupan kita.

Kita perlu bersikap pemaaf dan melupakan segala masalah dan kesilapan yang lalu agar perjalanan kita kehadapan lebih mudah dan baik. Tinggalkan semua masalah dibelakang, biarkan hati kita mempunyai ruang untuk menerima sesuatu yang lebih baik untuk kita gunakan dalam mengejar impian hidup kita.

Kehidupan masa lampau saya sememangnya sangat menyedihkan, dengan kemiskinan dan keadaan kedua orang tua saya yang asyik bergaduh setiap masa. Pertengkaran mereka sangat besar sehinggakan dalam tempoh perkahwinan mereka, mereka telah bercerai talak satu, dua dan akhirnya tiga. Saya sendiri pernah tersepit di antara dua keadaan di mana semasa penceraian mereka yang pertama, ketika saya masih berusia kurang dari tujuh tahun, tangan kanan saya ditarik oleh abah dan tangan kiri saya ditarik oleh emak. Bayangkan seusia itu, saya masih boleh mengingati peristiwa yang sangat menyedihkan hati. Cuma satu perkara yang saya rasa sangat bertuah kerana dari awal lagi tuhan telah memberi saya satu keajaiban fikiran di mana pada usia saya yang masih muda, saya sememangnya sedih dengan kehidupan ibubapa saya tetapi saya selalu membayangkan kehidupan masa depan saya yang baik seperti mana yang saya ceritakan di contoh ke 2. Saya jarang bercerita tentang masalah hidup saya sehinggakan kawan-kawan sekeliling saya selalu beranggapan kehidupan saya sempurna dan ok.

Pengajaran yang saya ingin kongsikan bersama ialah, jangan terlalu bercerita dan mengingati kisah sedih atau kegagalan hidup kita kerana bila kita terlalu kerap bercerita tentang kesedihan atau kegagalan, kita seolah-olahnya memberi input kepada otak tentang perkara itu. Input sebegini adalah input negatif dan akhirnya kehidupan masa depan kita tidak akan berubah malah ianya mungkin lebih buruk dari sebelumnya.

Apa yang perlu kita lakukan ialah, pasang impian atau tujuan hidup masa depan yang baik yang kita impikan dan hantar input ini keotak melalui angan-angan ( adalah lebih baik sekiranya kita tulis di atas sehelai kertas dan dibaca setiap hari). Jangan berhenti berimpian sesuatu yang baik dan besar. Kadang-kala impian ini hadir lambat tetapi kita jangan sesekali putus asa, teruskan impian ini kerana jika bukan kita yang menginginkannya, tiada siapa yang boleh membantu.

Ada banyak pengalaman lain yang saya akan kongsikan bersama tentang impian saya yang lebih kehadapan yang telah saya perolehi dari kesan pemikiran yang positif. Insyaallah saya akan selalu menuliskannya satu persatu bagi tujuan berkongsi bersama sebagai pengajaran hidup.

No comments: